PENGURUSAN RISIKO PSP
Pengurusan Risiko Politeknik Seberang Perai (PSP) bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus aktiviti berkaitan Pelan Pengurusan Risiko dan Peluang PSP dan di peringkat Jabatan dan Unit PSP.
PENGURUSAN RISIKO Pengurusan risiko ialah satu proses yang akan diaplikasikan dalam PSP untuk menentukan potensi berlakunya sesuatu perkara yang akan memberi kesan kepada PSP dan mengurus risiko berkenaan agar berada di dalam kadar yang boleh diterima dan sekali gus memberi keyakinan yang munasabah mengenai pencapaian objektif PSP. Fungsi Pengurusan Risiko PSP seperti berikut:
OBJEKTIF PENGURUSAN RISIKO Objektif Pengurusan Risiko PSP adalah seperti berikut:
DASAR PENGURUSAN RISIKO PSP Dasar Pengurusan Risiko membentuk sebahagian daripada kawalan dalaman PSP dan pengaturan tadbir urus risiko. Dasar ini menerangkan pendekatan PSP terhadap proses yang akan diguna pakai PSP untuk pengurusan risiko dan ianya berpandukan pada ISO 21001 : 2018 sebagai kerangka asas pengurusan risiko PSP. Dasar ini juga merupakan suatu kepatuhan dalam standard pengurusan risiko dan seterusnya menyokong cadangan pelaksanaan Pengurusan Risiko di PSP. Dasar Pengurusan Risiko PSP ialah seperti berikut: Politeknik Seberang Perai beriltizam untuk mengurangkan potensi risiko dalam aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bagi membantu pencapaian matlamat dan objektif PSP. Pengurusan risiko akan dilaksanakan dengan sistematik meliputi tindakan berikut:
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN RISIKO PSP Pengurusan risiko di PSP ditadbir urus oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko PSP yang dipengerusikan oleh wakil Pengurusan PSP, Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Risiko Jabatan dan Unit yang dipengerusikan oleh pegawai yang dilantik oleh Ketua Jabatan dan Unit masing-masing. SKOP PENGURUSAN RISIKO PSP Skop Pengurusan Risiko PSP akan menyokong enam (6) teras strategik Pelan Strategik PSP 2019-2025 dan memenuhi keperluan standard Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (SPOP) ISO 21001 : 2018 |
Pautan Pantas |