UNIT JAMINAN KUALITI
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Unit Jaminan Kualiti (UJK) Politeknik Seberang Perai(PSP) merupakan sebuah unit yang mengawalselia Pengurusan Strategik PSP dan Pengurusan Risiko & Peluang PSP. UJK juga berperanan mengintergrasi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (SPOP), Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan akreditasi program pengajian MQA/ETAC untuk memacu PSP ke arah mencapai visi dan misi PSP.