Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (SPKKP)
Pengenalan
Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan(SPKKP) merupakan sebahagian seksyen daripada Unit Jaminan Kualiti, Politeknik Seberang Perai (PSP) yang berperanan untuk merancang, mengurus, melaksana dan memantau segala aktiviti yang berkaitan SPKKP.

Fungsi dan Peranan
1. Menasihati Majikan
Hendaklah menggunakan pengalaman dan pengetahuannya tentang Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) untuk memberikan nasihat kepada majikannya. Pematuhan terhadap Akta dan Peraturan berkaitan hendaklah diterangkan kepada majikan, penyediaan dokumen KKP dan perlantikkan orang kompeten yang berkaitan.
2. Memeriksa Tempat Kerja
Perlu memeriksa tempat kerja bagi melihat tahap pematuhan KKP ditempat kerja. Menyediakan laporan pemeriksaan untuk dijadikan panduan penambahbaikan dan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan bersama majikan dan wakil pekerja.
3. Menyiasat Kemalangan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditempat kerja perlu melakukan siasatan terhadap kemalangan yang berlaku. Ini adalah kewajipan SHO untuk memastikan penambahbaikan dari segi sistem dan cara kerja untuk disyorkan kepada majikan.
4. Melaksanakan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Program KKP yang perlu dijalankan melibatkan semua pekerja untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran mereka mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan tempat kerja. Program ini boleh dilakukan samada menjemput agensi luar atau dalaman.
5. Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK)
SHO akan menjadi setiausaha bagi JKK di sesebuah organisasi. Tugas SHO dalam JKK bukan setakat mencatit minit mesyuarat tetapi menyediakan dokumen dan menyimpan rekod berkaitan KKP.
6. Menganalisis Data Kemalangan
Setiap tahun, majikan perlu menghantar laporan kemalangan melalui MyKKP. Pelaporan ini dikenali sebagai Borang JKKP 8, dan wajib dihantar samada berlaku kemalangan atau tidak ditempat kerja. SHO boleh menggunakan pelaporan itu sebagai analisis data kemalangan.
7. Membantu Pegawai JKKP
Membantu pihak Kerajaan khususnya JKKP untuk memantau dan memastikan tahap pematuhan KKP di tempat kerja. Ketika lawatan ke tempat kerja, SHO dan majikan adalah orang yang dikehendaki turut serta bagi membantu pemeriksaan. SHO juga boleh melaporkan terus kepada pegawai JKKP berkaitan jika terdapat ketidakpatuhan terhadap KKP ditempat kerja.
8. Menyediakan Laporan Aktiviti Berkaitan KKP Kepada Majikan
Menyediakan laporan aktiviti KKP dan latihan yang dijalankan samada setiap bulan atau mengikut ketetapan yang ditentukan.
9. Menjalankan Lain-Lain Tugas dan Tanggungjawab sebagaimana yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.